New Normal 6 Prosedur Masuk Malaysia per 10 Juni 2020

Bagikan

Negara Malaysia mengumumkan pelongaran pembatasan sosial memasuki atau kunjungan masuk negara Malaysia per tanggal 10 juni 2020 dengan 6 prosedur wajib dilaksanakan.

Individu yang boleh masuk malaysia tanpa perlu prosedur awal yaitu:

  • Warganegara Malaysia;
  • Isteri/ anak bagi rakyat Malaysia yang berwarganegara asing yang memíliki pas lawatan sosial jangka masa panjang yang masih sah dan berlaku; dan
  • Penduduk tetap / pemastautin tetap pemegang MyPR.

* Sekiranya keluar dari Malaysia dalam tempoh PKP, harus mendapatkan kelulusan dahulu untuk kembali ke Malaysia metalui emel ke pbh@lmi.gov.my

Ketentuan yang harus dilakukan memasuki negara Malaysia ( Sumber dari akun Twitter Kedutaan Besar Malaysia, 18 Jun 2020 Jakarta  @MYEmbJKT  )

6 Ketentuan yang harus dilaksanakan yaitu:

1. MEMERLUKAN KELULUSAN AWAL
  •  Ekspatriat/ pekerja berkemahiran/ pekerja intelektual termasuk tanggungan dan pekerja domestik mereka – Sila ke tiny.cc/jimesd untuk panduan bagi memohon Surat Kelulusan Masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Perlu ujian bebas Covid-19;
  • Pemegang pasport diplomatik/ rasmi dan tanggungan mereka – Sila ajukan permohonan untuk masuk Malaysia ke Jabatan Protokol, Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui kedutaan masing-masing:
  • Pemegang visa MM2H- Lengkapkan formulir online di tiny.cc/mm2h. Sila tunggu emel maklumbalas. Perlu ujian bebas Covid-19; dan
  • Pas Lawatan Jangka Panjang (visa dengan rujukan) yang lain termasuk pas residen, pas lawatan kerja sementara, pas lawatan ikhtisas, pas pelajar dan tanggungan mereka – Sila ajukan permohonan ke pbh@imi.gov.my. Sila tunggu emel maklumbalas. Perlu ujian bebas Covid-19.

Sila dapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum membuat tempahan tiket penerbangan dan ujian Covid-19. Sebarang pertanyaan lanjut, sila emel ke jakartasimi.gov.my

2. SYARAT-SYARAT KESIHATAN

Jika dinyatakan perlu, sila ambil ujian PCR Covid- 19 dengan hasil negatif maksimum tiga (3) hari dari tarikh perjalanan. Jika tidak, anda dinasihatkan untuk mengambil ujian PCR Covid-19 dan semak dahulu syarat kesihatan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Sila bawa hasil ujian bersama anda dalam perjalanan.

3. APLIKASI MYSEJAHTERA

Muat turun (unduh) aplikasi MySejahtera dari Google Play Store atau Apple App Store ke telefon anda, dan daftar.

4. KETIBAAN DI MALAYSIA

Semasa ketibaan, saringan kesihatan akan dilaksanakan di lapangan terbang termasuk ujian bebas Covid-19, sekiranya diperlukan. Berikan kerjasama kepada pekerja kesihatan untuk mengumpul sampel anda. Sila sediakan makanan ringan sebelum memulakan perjalanan bagi menjangkakan sebarang keterlambatan di peringkat ini.

5. IMIGRESEN DAN KASTAM (BEA CUKAI)

Sekiranya hasil ujian Covid-19 negaiif, sila ke kaunter imigresen dan kemukakan semua kelulusan dan dokumentasi yang diterima di langkah 1 dan 2 di atas.

6. KUARANTIN DIRI DI RUMAH

Sila uruskan pengangkutan pulang dari lapangan terbang dengan waris/ wakil anda atau gunakan pengangkutan awam. Anda diminta untuk sentiasa mematuhi tatacara kuarantin diri di rumah selama 14 hari seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Kegagalan berbuat demikian, anda boleh disabit kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Bagikan

Baca Juga lainnya

Leave A Reply

Your email address will not be published.